Nilam Oshman
KES baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 3,780 kes, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kini 470,110 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatat jangkitan tertinggi iaitu 1,275 kes, diikuti Sarawak (405), Kedah (363), Kelantan (357), Kuala Lumpur (342) dan Johor (224).
Pulau Pinang pula mencatatkan (187), Pahang (159), Melaka (122) dan Perak (115).
Sementara Sabah (87), Negeri Sembilan (70), Terengganu (58) dan masing-masing tujuh kes di Putrajaya dan Labuan serta Perlis (2). – Malaysiapost

