KETUA Pengarang akhbar Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan, 59, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, jam 5 pagi tadi.
Wartawan veteran itu memulakan kerjaya kewartawanannya di akhbar The Star pada awal tahun 1980-an.
Beliau pernah menjadi koresponden The Star di Hong Kong dan kemudian menyandang jawatan pengarang eksekutif sebelum dilantik ketua pengarang Malay Mail.
Difahamkan, mendiang yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.
Mendiang juga membimbing ramai wartawan muda sehingga mereka dilantik memegang pelbagai jawatan kanan di The Star dan Malay Mail. – Malaysiapost

