MENTERI Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu kononnya kerajaan meneruskan Projek Littoral Combat Ship (LCS) untuk menjaga para kontraktor semata-mata adalah tidak berasas.
Ismail berkata, dakwaan tersebut hanyalah satu provokasi politik dan menyerlahkan ketidakmatangan beliau dalam memberi hujah cara menangani isu LCS.
Tambahnya, kesemua kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kerajaan telah diambil kira dan menjadi keutamaan di sebalik pertimbangan keputusan ini.
“Dalam hal ini, setelah membuat kajian mendalam ke atas semua aspek projek ini, Jemaah Menteri mendapati ada lebih banyak kebaikan dan keuntung an yang akan diperolehi oleh Kerajaan dan rakyat dengan meneruskan projek ini.
“Kerajaan sudahpun membelanjakan sebanyak RM6 billion dan jika ia dihentikan, wang ini mungkin tidak dapat dikembalikan sepenuhnya, malah Kerajaan perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk melantik kontraktor baharu.
“Kesemua ini akan memakan masa yang panjang dan projek ini akan menjadi lebih lewat untuk disiapkan, dan ini boleh menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan laut negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mengambil kira situasi semasa, keupayaan kontraktor dan kesan kepada ekonomi sama ada mahu membatal atau meneruskan Projek LC
“Keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek LCS ini bukan sahaja akan menyelamatkan 8,000 orang pekerja malah ratusan vendor dan kontraktor tempatan.
“Pihak Boustead telah mengemukakan sebuah pelan perancangan yang teliti pada awal tahun ini untuk meneruskan Projek LCS yang mencerminkan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menyiapkannya.
“Sehubungan dengan itu, pihak Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasarnya untuk pihak Boustead meneruskan projek ini. Langkah seterusnya adalah pihak Kerajaan akan memaklumkan secara rasmi kepada pihak Boustead mengenai keputusan ini beserta dengan pelan perlaksanaan projek tersebut.
Ismail Sabri menambah, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan negara, selama 22 bulan projek ini hilang hala tuju dan segala kerja terhenti kerana hanya dipenuhi dengan siasatan.
Katanya, akibat kegagalan kerajaan terdahulu membuat keputusan yang cekap pada tahun 2018, ia telah mencetuskan kemelut baharu iaitu peningkatan kerugian dalam korporat Boustead ekoran penangguhan kepada vendorvendor Bumiputera dan juga tenaga kerja.
“Bukan itu sahaja, kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya.
“Kelemahan dan kegagalan Bekas Menteri Pertahanan untuk melihat impak jangka panjang inilah yang telah mengakibatkan apa yag terjadi sekarang ini.
“Ketika Pakatan Harapan memerintah, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah memohon kelulusan ketigatiga ‘variation order’. Pada Februari 2018 pula, BNS telah membuat tawaran kepada Kerajaan ketika itu untuk menyerap kerugian sebanyak RM400 juta supaya Projek LCS ini dapat diteruskan tapi tiada keputusan diperolehi.
“Pada Januari 2019, MINDEF telah bersetuju dengan permohonan ketiga tiga ‘variation order’ tersebut tetapi bergantung kepada keputusan akhir oleh Kementerian Kewangan. Namun tiada sebarang kata putus daripada Kementerian Kewangan.
“Kegagalan untuk mendapat kata putus mengenai ketiga menjejas teruk perkembangan kerjatiga ‘variation order’ ini telah kerja bahagi an pembinaan kapal yang lain.
“Pada November 2019, OEM telah menghentikan kerjakerja pembinaan kapal kerana BNS menghadapai masalah aliran tunai.
“Hakikat sebenar, apa yang dihadapi oleh TLDM, LTAT dan Boustead adalah dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan khususnya Mohamad Sabu dan Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng,” katanya.
Sementara itu,Ismail Sabri menjelaskan status dana RM1 bilion yang dikatakan hilang pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan Kementerian tidak campur tangan dalam siasatan tersebut.
“Perkara ini boleh diajukan kepada pihak SPRM untuk mendapatkan perkembangan terkini,” katanya. – Malaysiapost

