Danial jumpa Anwar asah bakat

0
2

HULU parang kalau diasah selalu akan menjadi tajam jua. Namun jika memiliki bakat dan sentiasa digilap pasti tampak lebih hebat.

Begitulah dilakukan pelawak yang sedang mencipta nama, Danial Zaini hari ini.

Bakat luar biasa Danial yang mampu meniru suara tokoh-tokoh terkenal telah menarik perhatian netizen.

Namun jika tidak diasah, pasti dia tidak mampu melakukannya dengan baik

Menerusi satu hantaran di Facebook, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pengalaman dikunjungi Danial, hari ini.

“Danial Zaini datang menemui saya pada hari ini untuk latihan tiru suara. Ada part yang sama, dan ada yang tidak. Kena dengar lagi ceramah-ceramah saya. Haha!,” catat Anwar.

Pada masa sama Anwar mengucapkan tahniah kepada Danial atas kejayaan menjuarai Muzikal Lawak Superstar 2 baru-baru ini.

“Tahniah kepada Danial Zaini yang memenangi tempat pertama Muzikal Lawak Superstar 2 bersama Kumpulan Heart yang turut disertai Ezad Lazim dan Azmi Saat. Teruskan berkarya!,” ujar Anwar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here