Kalau menteri langgar SOP, saya tak tahulah, kata Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerli individu bergelar menteri berkaitan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Beliau berkata, jika ingkar SOP, hanya rakyat biasa sahaja yang kena, namun menteri sebaliknya.

“Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.

“Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahulah,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, selepas mengakui salah, beliau dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan melanggar SOP iaitu tidak imbas suhu badan dan
tidak mengimbas MySejahtera.

“Jadi, saya akan bayar kompaun ini dan bos kedai nasi ayam itu pula kena denda RM10,000,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Najib dikenakan kompaun RM3,000, manakala pengurus restoran nasi ayam dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP Covid-19 pada 20 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Yeok Wei Hoa yang juga pengurus restoran nasi ayam terbabit didapati gagal mengarahkan Najib mengimbas suhu dan mendaftar diri ketika memasuki premisnya yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Katanya, Najib pula dikenakan kompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mengimbas suhu badan dan mendaftar kehadiran. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/05/06/langgar-sop-najib-pengurus-restoran-kena-kompaun-rm13000/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here