PM pengerusikan mesyuarat pertama MTKB

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Kemakmuran Bumiputera (MTKB) yang diadakan secara persidangan video.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan berkata MTKB berperanan menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Ini termasuk menentukan sasaran, indikator makro dan KPI bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara yang akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030.

“Keahlian MTK8 terdiri daripada 21 menteri Kabinet, empat ketua jabatan, dua ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi pendidikan dan sosial.

“Antara tokoh-tokoh tersebut termasuklah Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datin Paduka Setia Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Madeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria,” kata kenyataan itu.

Menurut PMO, turut diwujudkan ialah Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

“Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here