Pengerusi FINAS dijangkiti Covid-19

0
1

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan hari ini, FINAS memaklumkan Zakaria disahkan dijangkiti wabak itu selepas menerima keputusan ujian saringan semalam.

Susulan itu, menurut FINAS, Zakaria kini menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh rawatan Zakaria, segala urusan dan operasi FINAS akan berjalan seperti biasa,” kata kenyataan itu.

Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat situasi tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here