Penduduk Taman Tanah Putih Baru, Kuantan beraya dalam PKPD

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, bermula Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu susulan 11 penduduk di kawasan berkenaan didapati positif Covid-19.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan merekodkan 11 kes daripada keseluruhan 40 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk.

“KKM juga mengesahkan berlaku penularan kes di lokaliti itu selain terdapat 29 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, berkuat kuasa 5 sehingga 18 Mei ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu adalah untuk memastikan warga Taman Tanah Putih Baru yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

“Pada masa sama, ia membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes disyaki Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan beberapa PKPD di Terengganu dan Kelantan.

Menurutnya, di Terengganu lima lokaliti ditamatkan PKPD esok mengikut jadual membabitkan Hulu Besut, Besut, Terengganu iaitu Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak

Sementara itu di Kelantan penamatan PKPD adalah membabitkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang juga bermula esok seperti dijadualkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here