KKM, Kementerian Pertahanan bincang buka hospital medan di Sarawak, Kelantan

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) kini dalam perbincangan bersama Kementerian Pertahanan untuk mewujudkan hospital medan di Sarawak dan Kelantan selepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi di dua negeri tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan hospital medan seperti yang dilaksanakan di Tawau, ketika awal gelombang ketiga sebelum ini.

“Kita berbincang dengan Kementerian Pertahanan supaya kementerian itu boleh mewujudkan hospital medan.

“Ia bagi menerima kes bukan Covid-19 supaya dapat mengurangkan bebanan dalam hospital yang terjejas.

“Justeru, dalam masa sama kes Covid-19 dapat dikurangkan dan dapat menambah penerimaan kes Covid-19 di hospital terutama kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad kritikal,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Dr Adham berkata, setakat Mei, kadar pesakit kategori empat dan lima adalah 35.4 peratus berbanding 25.2 pada bulan lalu dan 17.2 peratus pada Mac.

Pada Februari, kadar pesakit kategori sama adalah sebanyak 26.2 peratus dan 6.7 peratus pada Januari lalu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here