Hattan bimbang peminat minta buka ‘mask’ ketika bergambar

0
2

Nurul Huda Abhar

PENYANYI lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan, 56, mengeluh dengan sikap masyarakat yang sudah alpa dan kurang menitik beratkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk amalan penggunaan hand sanitizer.

“Dulu saya lihat orang ramai kejap-kejap sanitize tangan, tetapi sekarang sikap itu dah tiada. Kita kena amalkan balik.

“Pakai sanitize dan pakai pelitup muka jangan lupa,” katanya dalam hantaran video di Instagram.

Menurut Hattan, dia bimbang jika peminat ingin bergambar bersama, dan memintanya untuk membuka pelitup muka yang sedang dipakai.

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu juga memohon agar peminat memahami situasi semasa pandemik Covid-19 dan menjaga SOP ketika bergambar dengannya.

“Kadang-kadang masa bergambar saya pun serba salah. Peminat minta buka pelitup muka. Bukan tak mahu tapi saya takut.

“Lepas ini jika nak bergambar kita kena kekal pakai pelitup muka. Kita kena jaga semua itu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Hattan juga menyuarakan rasa kesal dengan sikap golongan instafamous dan selebriti yang gemar menunjuk-menunjuk di media sosial dan menyatakan ianya menyusahkan orang lain.

Ia berhubung isu instafamous dan selebriti yang menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberi oleh pihak berkuasa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here