Tular hidup mewah, ini penjelasan isteri peniaga burger

0
2
{"subsource":"done_button","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1619683998074","source":"other","origin":"unknown","source_sid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1619684013480"}

ISTERI peniaga burger yang dikompaun RM50,000 di Kelantan, hari ini tampil memberi penjelasan berhubung penularan kisah hidup mereka yang didakwa mewah. 

Sambil meminta netizen berhenti menyelongkar kisah hidup mereka, Norlaili Shafii, 37, berkata pelbagai tuduhan terhadapnya dan suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, boleh menimbulkan fitnah. 

Menurut laporan Sinar Harian, Norlaili berkata, semua harta termasuk rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Pengkalan Chepa dan kereta Honda Civic yang ditularkan di media sosial adalah hasil titik peluh mereka sebelum pandemik Covid-19, selepas 16 tahun berniaga. 

“Tak termampu saya nak jelaskan satu persatu, malu pun ada, sebak pun ada. Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mentua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami. 

“Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun. Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. 

“Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. Allah Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu,” katanya menurut laporan itu. 

Mengenai gambar tular memaparkan suaminya dengan resit makan stik lebih RM900, jelas Norlali, ia berlaku pada Disember tahun lalu. 

“Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan stik mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim,” katanya. 

Beliau turut menjelaskan, sebelum Covid-19, mereka berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi dan pendapatan terjejas sejak setahun lalu. 

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan terhadap satu komen yang tular menyatakan gerainya mempunyai karaoke. 

“Saya tidak mengenali dia, bukan orang kampung saya dan tidak pasti komen itu ditujukan kepada peniaga mana kerana gerai saya tidak ada karaoke,” katanya. 

Pasangan suami isteri itu antara tiga peniaga di Kota Bharu yang dikompaun RM50,000 kerana berniaga lebih masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping foto memaparkan Norlaili dan suaminya yang didakwa hidup mewah di sebalik simpati netizen susulan kisah mereka dikompaun RM50,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here