Presiden PAS sedang dirawat di IJN

0
1

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi tempoh beberapa hari.

Berita tersebut dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Abdul Hadi, sebentar tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

“Marilah kita berdoa agar Datuk Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih.

“Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” (As-Syuara’: 80),” katanya di hantaran tersebut.

Pada Febuari lalu, Abdul Hadi juga dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here