KES positif Covid-19 global kini melebihi 148 juta kes manakala kes kematian sebanyak 3.125 juta dicatatkan.
Menurut data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.1 juta kes.
Ia diikuti India dengan 17.63 juta kes dan Brazil melebih 14.36 juta kes.
Perancis pula negara melebihi 5 juta kes manakala Rusia, Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 4 juta kes.
Negara yang melebihi 3 juta ialah Itali, Sepanyol dan Jerman.
Argentina, Poland, Colombia, Iran dan Mexico pula mencatat lebih 2 juta kes sementara Afrika Selatan, Kanada, Chile, Romania dan Belanda, negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Dalam masa sama, kes kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.125 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS turut mengekalkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 573,000 kes.
Ia diikuti Brazil dengan lebih 391,000 kes dan Mexico lebih 214,000 kes.
Manakala India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. -Malaysiapost

