Kesihatan Ahli Parlimen lebih utama berbanding jutaan murid sekolah – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan kesihatan Ahli Parlimen berbanding orang awam.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa sidang Parlimen boleh diadakan atau tidak bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Rupanya keutamaan kerajaan PN ialah untuk melindungi kesihatan Ahli Parlimen yang telah divaksin agar tidak dijangkit Covid-19.

“Habis itu, kesihatan puluhan juta murid sekolah serta pengunjung bazaar Ramadan sampai (jam) 2 pagi, hotel dan konvensyen, pasar malam, acara dan perhimpunan politik PN, cinema, pusat urut, ‘shopping mall’, kedai 4D, kasino Genting dan sebagainya yang belum diberi vaksin, macam mana pula?

“Tak perlu lindung dan tak jadi keutamaan kerajaan PN ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini

Terdahulu hari ini, Takiyuddin berkata kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masa sesuai sama ada sebelum ataupun selepas darurat ditamatkan.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada nasihat dan pandangan pelbagai pihak mengenai wabak Covid-19 terutama KKM dan Majlis Keselamatan Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here