Berbekal semangat ibu, Jue Aziz khatam Al-Quran Ramadan kelapan

0
1

PELAKON Jue Aziz, 38, meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69.

Pemilik nama sebenar Zuliana Abdul Aziz itu memberitahu dia menghabiskan semua juzuk Al-Quran pada hari kelapan Ramadan yang lalu.

Biarpun telah memenuhi hasrat ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, namun terdapat satu lagi permintaan yang belum dilunaskan iaitu jodoh.

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.

“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan..jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan terakhir,” tulis Jue di laman Instagramnya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon ‘17 Puasa’ itu menguatkan diri untuk menyempurnakan khatam Al-Quran pada masa yang singkat dengan berpegang kepada semangat ibunya.

“Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut.. sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

“Terima kasih mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapak di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka,” ujarnya.

Jue sebelum ini telah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 di Makassar, Indonesia dan mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish.

Pada tahun 2019, Jue memberi kenyataan bahawa mereka sudah bercerai dan masih mengekalkan hubungan baik antara mereka berdua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here