TULAR di media sosial seorang kanak-kanak lelaki melarang ayahnya, Letnan Satu Imam Adi, salah seorang anggota tentera kapal selam milik tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, yang masih gagal dikesan radar sehingga hari ini
Menurut laporan Kompas, keluarga Imam Adi menunjukkan video yang dirakam sebelum keberangkatan Imam Adi bersama KRI Nanggala-402.
“Iya, itu anak saya (Imam Adi) bersama cucu saya,” tutur ayah Imam Adi yang bernama Abah Edy.
Abah Edy hairan melihat tingkah laku cucunya berusia dua tahun itu yang tidak mengizinkan ayahnya pergi.
“Sebab, tindakan cucunya itu tak seperti hari-hari sebelumnya. Biasanya kalau dipamiti ya biasa saja. Kemarin sampai pintunya ditutup, papanya benar-benar tidak boleh pergi,” kata Edy.
Bagaimanapun Edy tidak ingin berfikir macam-macam dan tak ingin mengaitkan video tersebut dengan peristiwa yang dialami Imam Adi ketika ini.
“Mungkin hanya kebetulan saja,” ujar dia.
Laporan terkini, pihak berkuasa Indonesia masih gagal mengesan kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang di perairan Bali.
Difahamkan, bekalan oksigen kapal selam itu hanya dapat sehingga pukul tiga pagi tadi dan harapan tipis untuk 53 anak kapal ditemui hidup.
https://www.facebook.com/akhyar.alwi.39/videos/512098223154816/
Selain negara jiran, Australia dan Amerika Syarikat (AS) turut menghantar bantuan pasukan SAR ke perairan Bali di mana kapal selam itu hilang ketika latihan ketenteraan lebih dua hari lalu. – Malaysiapost

