PELAKON Sweet Qismina, berkongsi berita dirinya disahkan positif Covid-19, semalam.
Berita tersebut dikongsi pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi itu di Instagram, dan memberitahu kini sedang menjalani tempoh rawatan dan kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.
Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu berkata dia membuat membuat ujian saringan pada Selasa lalu.
“Saya tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.
“Saya mengambil ubat selama tiga hari, tetapi belum pulih dan sukar bernafas. Kemudiannya, saya membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif.
“Saya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan membuat ujian saringan, keputusannya tetap positif. Saya kemudian dihantar ke Pusat Kuarantin Ipoh. Saya tiada sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” katanya pelakon berusia 23 tahun itu.
Pelakon drama Bidadari Salju itu juga mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses rawatan di hospital.
“Kakitangan Hospital Kuala Kangsar menjaga saya dengan baik, sebelum dihantar ke Ipoh.
https://www.instagram.com/p/CN7PNywJzD4/?igshid=ug7m8pg5b1ov
“Doakan semoga saya cepat sembuh daripada Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

