Polis kompaun sekolah cetus kluster baharu, abai SOP

0
1

SEKOLAH yang mencetuskan kluster baharu Covid-19 akan dikenakan kompaun oleh polis sekiranya ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata langkah itu bertujuan membendung penularan pandemik Covid-19 di semua sekolah di negeri itu.

Namun, katanya, kompaun yang dikeluarkan adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dapat dipatuhi pihak sekolah terbabit.

“Oleh itu, polis menasihati supaya semua pihak iaitu pasukan pemantau, penguat kuasa dan ibu bapa untuk memastikan sekolah bebas daripada kluster Covid-19.

“Kita tidak mahu Pahang termasuk antara negeri yang sekolah terpaksa ditutup akibat Covid-19 selain bimbang jika berlaku kluster baharu di sekolah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersama Polis Pahang di Kuantan, hari ini.

Sehubungan itu, Abd Jalil meminta ibu bapa tidak menghantar anak yang bergejala seperti demam atau selesema ke sekolah bagi memastikan tiada kes Covid-19 di kawasan terbabit.

“Apabila berlakunya kes di sekolah, ia akan merugikan anak-anak lain yang ingin ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here