KAPAL selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), iaitu KRI Nanggala-402 dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan di perairan berhampiran Bali, laporan agensi Anadolu.
Komander Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Panglima Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada wartawan bahawa pasukan tentera telah dikerahkan bersama semua aset yang dilengkapi sistem pengesan untuk melakukan pencarian di sekitar 95 kilometer dari Bali.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Maklumat Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata, KRI Nanggala-402 terputus hubungan sejak awal pagi ini.
Dipercayai seramai 53 anak kapal berada dalam kapal selam berkenaan.
Ia dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo. -Malaysiapost
Foto Kredit: Kosmo

