Covid-19: Kadar kebolehjangkitan di Kelantan tertinggi dalam negara

0
1

KELANTAN mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt tertinggi dalam negara semalam, berbanding 1.16 kadar bagi seluruh negara.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun kadar Rt di negara ini menurun 0.01 berbanding 1.17 yang dicatatkan pada kelmarin.

Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt kedua tertinggi iaitu 1.28, diikuti Negeri Sembilan (1.18), Sarawak (1.17), Terengganu (1.15), Selangor dan Sabah masing-masing 1.10.

Kadar Rt di Kedah pula ialah 1.09, begitu juga Johor, manakala Melaka 1.06, Pahang 1.00 manakala negeri-negeri serta wilayah lain mencatatkan angka di bawah 1.00. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/mb-bimbang-situasi-semasa-covid-19-di-kelantan-2/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here