Gara-gara najis burung merpati

0
1

SEORANG wanita cedera selepas terkena libasan sabit ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dengan jiran mereka dalam kejadian di Taman Permatang Tinggi Indah, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang semalam.

Difahamkan, kejadian jam 4.10 petang berlaku selepas wanita berusia 27 tahun itu melihat pertengkaran mulut antara bapanya berusia 52 tahun dan jiran lelaki di hadapan laman rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata ketika itu jiran lelaki berusia 42 tahun terbabit memegang sebilah sabit dan mengacukannya ke arah bapa wanita berkenaan.

“Bimbang keselamatan bapanya, mangsa cuba menghalang jirannya itu namun dia pula yang cedera pada dahi sebelah kiri akibat terkena sabit berkenaan.

“Suspek kemudian melarikan diri dan wanita yang berlumuran darah itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Butterworth,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafee berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Siasatan awal mendapati, punca pergaduhan disebabkan salah faham hingga berlaku pertengkaran mulut antara jiran yang tinggal bersebelahan.

“Melalui siasatan yang dijalankan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan salah faham hingga berlaku pertengkaran mulut di antara jiran yang tinggal bersebelahan.

“Ini kerana jiran (suspek) tidak berpuas hati dan memarahi bapa wanita itu kerana air basuhan najis burung merpati di dapati masuk ke kawasan rumahnya,” kata beliau.

Sementara itu, Shafee berkata, polis juga merampas sebilah sabit dan kini sedang mengesan suspek yang melarikan diri serta kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2020/10/14/suspek-bunuh-bayi-mungkin-pengikut-ajaran-sesat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here