Iklan judi raya: Lima lagi ditahan termasuk pengarah

0
1

LIMA lagi individu terdiri daripada pengarah, penyanyi dan komposer yang terbabit dalam dua iklan lagu raya mempromosi aktiviti perjudian ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata lima suspek termasuk suspek utama itu dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video berkenaan.

Menurutnya, tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 18 orang dan mereka yang baru ditahan itu akan direman hari ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi menjejaki sindiket judi atas talian terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Malaysiapost melaporkan dua video iklan raya mempromosikan kegiatan judi atas talian tular di media sosial.

Dua video iklan tersebut menggunakan modus operandi yang sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.

Dalam rakaman video iklan berkenaan memaparkan aksi pelakon yang mempromosikan permainan judi atas talian bagi menambah wang untuk menyambut lebaran. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/18/polis-tahan-4-pelakon-video-iklan-judi-terbaru/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here