Covid-19: Kes positif global lebih 140 juta

0
2

KES positif Covid-19 global kini melebihi 140 juta manakala angka kematian melepasi tiga juta kes.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.56 juta kes.

Ia diikuti India yang merekodkan 14.52 juta kes dan Brazil pula 13.83 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, sementara Rusia, United Kingdom dan Turki merekodkan lebih 4 juta kes.

Negara yang melebihi tiga juta kes adalah Itali, Sepanyol dan Jerman, manakala Poland, Colombia, Argentina, Mexico dan Iran mencatat lebih dua juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Sementara itu, jumlah kes kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia melepasi tiga juta dengan AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 566,000 kes.

Ia diikuti Brazil dengan lebih 365,000 kes dan Mexico dengan lebih 211,000 kes.

India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here