DAP tidak pernah berkiblatkan kaum – Guan Eng

0
1

DAP kecewa dengan naratif yang disampaikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah menggambarkan parti itu memperjuangkan agenda perkauman dan agama.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata naratif itu adalah salah, tidak berasas dan tersasar.

Menurutnya, DAP tidak pernah berkiblatkan kaum atau berasaskan agama.

“Perjuangan DAP untuk keadilan sosio-ekonomi berdasarkan pada prinsip bahawa tidak sepatutnya wujud identifikasi kemiskinan dengan kaum.

“Semua rakyat Malaysia juga harus diberi peluang yang sama dan diberi bantuan berdasarkan keperluan agar orang bukan Melayu yang miskin tidak ketinggalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada Rabu lalu.

Dalam wawancara itu Dr Mahathir mengatakan dahulu DAP pernah menjadi parti ekstren dengan tuntutan yang terlalu berkiblatkan orang Cina, tetapi kini tidak semua ahlinya bersikap sebegitu lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here