Kanak-kanak perempuan 9 tahun gantung diri

0
1

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong di Kulai, Johor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian dipercayai kerana perselisihan faham antara keluarga.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai tiba ke kediaman mangsa pada jam 4 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Tambah beliau, pihak hospital yang tiba kira-kira jam 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/12/lelaki-kemurungan-10-tahun-mati-gantung-diri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here