Bersatu boleh memang PRU15 tanpa Umno?

0
1
isham jalil

BOLEHKAH Bersatu menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa Umno?, soal Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Isham mempersoalkan perkara itu kerana tidak faham tindakan segelintir pemimpin Umno yang mesra Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sehingga tergamak menyerang Presiden parti sendiri secara terbuka.

“Ada orang kata, yang pemimpin kita sendiri kata bahawa Umno ni tak boleh menang pilihanraya tanpa Bersatu. Annuar Musa kata, dia kata kat saya Umno BN akan kalah tanpa pertolongan Bersatu pada pilihanraya nanti.

“Tapi saya sanggah dia, saya kata itu tidak betul. Dan soalan sebenarnya kena tanya ialah adalah Bersatu boleh menang tanpa kita, bukannya asyik nak tekan kita dengan kita akan kalah tanpa Bersatu,” katanya di Facebook, hari ini.

Menurutnya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak patut memberi talian hayat kepada Bersatu yang lahir hasil perkhianatan terhadap Umno dahulu.

“Kita baru kalah sekali sahaja di peringkat persekutuan, takkan kalah sekali terus hilang lemah semangat. Kita jangan jadi orang macam Annuar Musa tu, sekali kalah dah nak serah tengkok pada parti lain. Tak bolehlah jadi macam tu,” katanya.

Semenjak Umno mengumumkan kerjasama politik dengan Bersatu dan PN akan ternoktah apabila Parlimen terbubar, segelintir pemimpin Umno lantang mengecam usul itu yang telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan lepas.

Malah, beberapa pemimpin Umno yang memiliki jawatan dalam kerajaan PN secara terbuka mengecam Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan telah memanipulasi PAU untuk tujuan peribadi.

Selain Annuar, antara pemimpin yang lantang mengkritik keputusan PAU itu ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Khairy Jamaluddin yang mahu Umno terus menjalinkan kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang dikenali sebagai Kluster Menteri ini bimbang Umno akan tewas pada PRU15 jika masih ego dan sombong dan percaya BN boleh menang secara solo. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here