Suspek pukul 2 ‘bodyguard’ dibenarkan reman

0
1

MAHKAMAH Majistret Klang hari ini membenarkan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes dua pengawal peribadi dipukul dan diacu pistol hanya kerana berpuasa.

Memetik laporan Sinar Harian, tiga daripada suspek direman lima hari manakala seorang lagi dibenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini oleh Majistret Solehah Noratikah Ismail.

Difahamkan, tiga daripada suspek adalah pekerja di sebuah syarikat milik majikan pengawal peribadi yang dibelasah manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.

Mereka yang berusia 38 hingga 46 tahun, direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama Islam.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan empat individu disyaki terbabit dengan kes dua pengawal peribadi dibelasah dan diacu pistol oleh majikannya di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya menerima laporan pada 4.16 petang semalam berkaitan dua lelaki dipukul secara bergilir-gilir di bahagian belakang badan menggunakan rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa mangsa berada di rumah majikannya dan dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/15/kpn-perlu-pantau-sendiri-kes-2-bodyguard-dibelasah-kerana-berpuasa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here