A Aida selebriti pertama negara terima vaksin Covid-19

0
1

PENERBIT dan pelakon, Datuk A Aida, 51, menjadi selebriti pertama negara menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech hari ini.

Aida, atau nama sebenarnya Zaidah Awang menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

“Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mati, apa boleh dicakap adalah mati itu memang pasti dan bila-bila saja. Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga.

Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

Sasha mereka menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama.

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/01/15/sasha-terima-suntikan-kedua-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here