Polis nafi Kelantan dikenakan PKP

0
1

POLIS Kelantan menafikan negeri itu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan satu rakaman audio yang tular sejak beberapa lalu berkenaan perkara tersebut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berkata berita yang ditularkan itu adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kesahihan sebarang berita dengan pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Kelantan di https://www.facebook.com/mknkelantan.official/ bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di Kelantan.

“Oleh yang demikian, pihak polis ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil jika terdapat perlakuan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama & Facebook MKN Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here