Liverpool tamatkan rekod buruk di Anfield

0
1
Trent Alexander Arnold muncul wira Liverpool. FOTO Liverpool FC

JARINGAN lewat pemain pertahanan, Trent Alexander Arnold memastikan Liverpool menewaskan Aston Villa 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Ia juga kemenangan pertama juara bertahan Liga Perdana itu di Anfield tahun ini setelah mengelami rentetan enam kekalahan berturut-turut.

Bagaimanapun Villa terlebih dahulu mendahului menerusi Ollie Watkins pada minit ke-43, walaupun Liverpool lebih banyak menguasai perlawanan serta mencipta beberapa peluang.

Pada minit-minit akhir babak pertama skuad Jurgen Klopp hampa apabila jaringan Roberto Firmino dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana offside walaupun ulang tayang menunjukkan Diogo Jota berada selari dengan pertahanan Villa.

Mohamed Salah melegakan kem Liverpool dengan gol ke-19 musim ini pada minit ke-57 menerusi tandukan seterusnya menjadikan perlawanan kembali seimbang.

Ketika aksi dijangka berakhir dengan keputusan seri, Alexander Arnold muncul penyelamat Liverpool menerusi rembatan cantik dari kanan pintu gol Villa pada minit ke-91. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here