Mais minta orang ramai sokong perniagaan komuniti ketika Ramadan

0
2

MAJLIS Agama Islam Selangor (Mais) mengambil berat keadaan peniaga dan penjaja yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 sehingga terpaksa menghentikan operasi dalam waktu yang agak lama.

Menerusi hantaran di laman Facebook (FB), Mais menyeru orang ramai agar menyokong perniagaan kecil dalam bulan Ramadan ini bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Mais juga menasihatkan agar membeli daripada perniagaan kecil di sekitar komuniti kerana terdapat segelintir mereka masih berdepan dengan masalah dan pada masa yang sama baru berusaha untuk bangkit semula.

“Nak keluar makan bersama keluarga di bulan Ramadan? Cuba cari restoran yang diusahakan oleh warga komuniti kita.

“Kalau tahu ada kawan-kawan atau jiran yang menjual juadah berbuka, beli daripada mereka setidak-tidaknya seminggu sekali,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mais juga mengingatkan agar orang ramai menunaikan ibadah membazar zakat fitrah di bulan Ramadan ini dan memperbanyakkan amalan bersedekah.

“Masak lebih sedikit dan sedekahkan kepada jiran di kawasan anda atau membeli juadah berbuka di bazar Ramadan untuk jiran anda,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here