Umno Pahang tekad pertahanan MN

0
2

UMNO Pahang tetap dengan pendirian serta beristiqomah untuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN) demi agama, bangsa dan tanahair.

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang sentiasa berada di hadapan dalam penyatuan ummah dan ia terbukti dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

Menteri Besar Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai itu berkata, bagi tujuan itu beliau telah mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Veteran Umbi dan As Sabiqun PAS Negeri Pahang di Kuantan, hari ini.

“Pertemuan ini merupakan julung-julung kali diadakan melibatkan orang-orang lama dalam parti. Agenda penyatuan Ummah tetap saya utamakan kerana perkara ini memberi kebaikan kita bersama.

“Pahang sentiasa berada di hadapan dalam penyatuan ummah ini. Ini terbukti dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Chini kita menperoleh kejayaan yang cemerlang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, penyatuan itu juga terserlah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan persidangan Dewan Negeri apabila sokongan Adun Barisan Nasional dan PAS mencapai 2/3 undi daripada 42 kerusi Dewan Negeri Pahang bagi meluluskan Rang Undang-Undang. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here