Sajat lolos ke negara jiran

0
1

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Sajat, kini dilaporkan berada di negara jiran. 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.
“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya. 
Dalam pada itu, Sajat, yang dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sedang bersembunyi di Thailand, lapor Harian Metro. 
Bagaimanapun sumber yang dipetik laporan itu enggan mendedahkan bagaimana dia lolos ke negara jiran itu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum ini dilaporkan berkata Sajat berkemungkinan sudah berada di luar negara.
Usahawan kosmetik itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here