Ramai masih cuba rentas negeri

0
1

SERAMAI 38 individu ditahan polis semalam atas kesalahan cuba merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata secara keseluruhan 95 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara semalam dan kesalahan rentas negeri dan adalah yang tertinggi direkodkan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 86 dikompaun manakala sembilan lagi direman.

“Kesalahan lain adalah gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (31), aktiviti pusat hiburan (17), tidak memakai pelitup muka (8) dan tiada penjarakan fizikal (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengenai Operasi Benteng, beliau berkata pihak berkuasa menahan tiga pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas tiga kenderaan darat.

“Sebanyak 148 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 21 aktiviti penglihatan dengan 14 Pati diusir melalui tiga aktiviti pengusiran,” katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi kuarantin wajib pula, seramai 661 individu yang tiba di semua pintu masuk Antarabangsa telah dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here