MIC, MCA Jangan gopoh cari rakan bergantung

0
1
puad zarkashi

JANGAN kerana tinggal satu dua kerusi maka MIC dan MCA gopoh cari rakan bergantung baharu yang sebenarnya adalah “big brother”.

Ingatan itu diberikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi sambil menyatakan jika benar semangat adik-beradik wujud dalam Perikatan Nasional (PN), Umno masih bersama perikatan itu.

“Tetapi apakah ‘big brother’ tidak wujud dalam PN? Betulkah konsep ‘we are brothers’ (adik beradik) yang disebut dalam hubungan diplomatik ada dalam kerajaan PN.

“Kalau semangat adik beradik wujud dalam PN sudah tentu Umno menyertai PN dan tidak akan keluar daripada Kerajaan PN. Sebaliknya Umno dilayan umpama adik tiri sahaja.

“MIC dan MCA kena beringat jangan kerana tinggal satu dan dua kerusi maka gopoh cari rakan pergantungan baru yang sebenarnya adalah ‘big brother’,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 3 April lalu, MIC mengumumkan akan terus menyokong kerajaan PN yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden MIC, S Vigneswaran dilaporkan berkata pendirian itu akan terus dibuat sehingga keputusan muktamad mengenainya dibuat Majlis Tertinggi BN.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata Umno tidak mengamalkan konsep “abang besar” dalam BN seperti didakwa pihak tertentu.

“Umno tidak mengamalkan konsep “abang besar” dalam BN. Umno dituduh dan difitnah dengan gelaran itu. Buktinya Perikatan dan kemudiannya BN dapat bertahan lama.

“Sebab itu rakan parti komponen diberi peluang bertanding di kawasan majoriti Melayu seperti di Air Hitam dan Tenggaroh Mersing.

“Umno kekal menghormati sosial kontrak yang sudah lama wujud. Umno kekalkan sekolah vernekular. Masa BN, ada Pelan Pembangunan Induk Masyarakat India 2016,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here