JUMLAH pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini sudah melebihi 800,000 suntikan setakat semalam.
Data dan infografik dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Facebook hari ini menunjukkan individu yang sudah menerima suntikan dos pertama adalah seramai 514,036 orang dan dos kedua 287,737 penerima.
Secara kumulatif keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 801,773 dos setakat jam 11.59 tengah malam tadi.
Berdasarkan data berkenaan, Selangor mencatatkan seramai 71,401 penerima dos pertama dan 35,255 dos kedua, diikuti Sarawak 53,598 penerima (27,281 dos kedua).
Perak merekodkan 50,378 penerima (30,793 dos kedua), Sabah 46,562 penerima (26,563 dos kedua) dan Kuala Lumpur 44,925 penerima (26,637).
Manakala di Pahang 34,758 penerima (23,705 dos kedua), diikuti Pulau Pinang 33,688 penerima (15,431 dos kedua), Kedah 31,115 (17,493 dos kedua) dan Terengganu pula 25,167 penerima (14,224 dos kedua).
Negeri Sembilan merekodkan 24,874 penerima (12,041 dos kedua), Kelantan 22,717 penerima (15,703 dos kedua), Melaka 14,633 (7,712 dos kedua), Perlis 9,858 (6,668 dos kedua), Putrajaya 5,421 (3,774 dos kedua) dan akhir sekali Labuan seramai 2,723 penerima (2,319 dos kedua).
Sementara itu, JKJAV dalam satu lagi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan jumlah pendaftaran penerima vaksin Covid-19 kini sudah hampir mencecah 8 juta orang.
Menurut JKJAV, setakat tengah malam tadi secara keseluruhan 7,906,913 individu sudah mendaftar iaitu 32.60 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan jumlah 2,155,809 pendaftar diikuti Johor (1,010,573), Kuala Lumpur (656,547), Sarawak (642,041), Perak (580,043) dan Pulau Pinang (554,150).
Di Kedah seramai 434,227 yang sudah mendaftar, manakala Sabah (362,514), Negeti Sembilan (333,781), Pahang (322,638), Melaka (259,404), Kelantan (242,954), Terengganu (220,818), Perlis (55,129), Putrajaya (50,748) dan Labuan (25,537).
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama bermula Februari lalu hingga April dengan membabitkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan.
Fasa kedua dijangka bermula pertengahan bulan ini hingga Ogos depan dengan membabitkan 9.4 juta rakyat termasuk golongan yang berisiko tinggi.
Bagi fasa ketiga pula bermula Mei hingga Februari tahun depan membabitkan 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

