Bagai memikul biawak hidup, kata Mustapha kepada MIC

0
2

SETIAUSAHA Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub menyokong tindakan MIC untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) kerana disifatkan parti itu membebankan Umno.

Mustapha berkata, beliau pernah mencadangkan supaya BN dibubarkan setelah kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) setelah rakan gabungan di Sarawak meninggalkan parti ini.

“Ianya bagi mengelak dari Umno menanggung malu sebagai parti komponan terbesar sekiranya lebih banyak parti lain yang keluar.

“Namun, hari ini rakan lama BN, MIC hampir pasti keluar BN. Mungkin MCA juga akan menjejak langkah MIC,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, beliau tidak risau dengan tindakan MIC tersebut kerana selama ini keberadaan parti itu sejak dari zaman Perikatan hingga BN hanya membebankan Umno.

” Bagai memikul biawak hidup. Tiada beban batu digalas. Malah saya benar-benar berharap supaya MIC keluar dari BN.

“Biarlah PN memperuntukkan lebih banyak kerusi yang MIC boleh menang dalam PRU-15 nanti.

“InsyaAllah Umno akan pasti mengisi kekosongan tempat MIC di kawasan majoriti pengundi Melayu yang selama ini diserahkan kepada MIC,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here