Tiga kawasan di Sabah dilaksana PKPD esok

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di tiga lokaliti membabitkan tiga daerah di Sabah bermula esok sehingga 18 April ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini membabitkan kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Tun Fuad dan Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Selain kolej-kolej kediaman tersebut, Kampung Pagalungan Ansip di Keningau dan Kampung Kalindukan di Nabawan juga akan diletakkan bawah PKPD bagi tempoh yang sama.

Arahan PKPD dikenakan akibat kadar penularan Covid-19 yang tinggi dalam komuniti tersebut. – Malaysiapost

( Berita lanjut menyusul )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here