Covid -19: 1,349 positif, 2 kematian

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 1,349 kes baharu positif Covid-19 dan dua kematian berbanding 1,270 pesakit yang telah sembuh, hari ini.

Ini menjadikan 335,162 kes sembuh daripada 350,959 kes dan 1,288 kematian yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,509 kes aktif dengan 94 daripada 186 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh ialah kes import dan 1,342 kes penularan tempatan yang membabitkan 988 warganegara serta 354 warga asing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here