Sultan Johor bangga anakandanya juara rali di Australia

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa bangga ke atas kejayaan anakandanya Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri yang menjuarai perlumbaan Fanatec GT World Challenge Australia, hari ini.

Sultan Ibrahim telah membuat satu hantaran di Facebook yang menggambarkan baginda sangat gembira dengan pencapaian anaknya yang mesra dikenali sebagai Tunku Jefri Ibrahim.

“Babah sangat bangga dengan kamu, Iman. Tahniah kepada kamu dan pasukan di atas kemenangan yang menakjubkan. Teruskan kejayaan ini dan selamat berjaya,” titah baginda.

Lebih manis, Tunku Jefri merupakan anak Malaysia pertama yang berjaya yang merangkul kejuaraan perlumbaan di litar Mount Panorama Circuit di Bathurst, New South Wales itu.

Sementara, Tunku Jefri sukar mempercayai kejayaan yang diraih kerana pelbagai ujian terpaksa dilalui termasuk masalah kecederaan bahu rakan sepasukan Shane Van Gisbergen.

“Saya benar-benar kehilangan kata-kata, saya tidak boleh mempercayainya. Shane adalah Raja Gunung dan dia benar-benar menunjukkan mengapa hari ini, walaupun dengan bahu yang bermasalah. Pemanduan yang luar biasa dari dia.

“Pada dasarnya saya memfokuskan diri pada apa yang harus saya lakukan hari ini, iaitu memegang kereta sendiri, menjaga kereta dan secepat mungkin untuk Shane mengambil-alih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here