Selangor kembali rasai nikmat kemenangan

0
2

SELEPAS ketandusan kemenangan dalam empat aksi terakhir, Selangor FC kembali meraih tiga mata setelah menewaskan pasukan tercorot, UiTM FC 2-0 malam ini.

Dalam aksi di Stadium UiTM di Shah Alam, skuad Merah Kuning memperoleh kedua-dua gol pada babak pertama menerusi pemain import Oliver Buff dan Ifedayo Olesegun.

Kemenangan itu pasti melegakan jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel setelah kali terakhir meraih mata penuh pada aksi pembukaan Liga Super ke atas Pahang.

UiTM FC pula semakin terhimpit apabila mengalami kekalahan kelima daripada enam perlawanan untuk kekal di tangga terbawah.

Dalam satu lagi aksi, pendatang baharu Liga Super, Penang FC meneruskan aksi cemerlang di awal musim apabila menewaskan Perak 2-1 di laman sendiri.

Dua gol Penang FC dijaringkan Casagrande dan Rafael Vitor Santos de Freitas manakala gol tunggal Perak disumbat oleh Careca.

Kemenangan itu melonjakkan Penang FC di tangga keempat dengan 11 mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim.

Perak mula masih tercari-cari rentak apabila hanya meraih lima mata selepas enam perlawanan iaitu satu menang, dua seri dan tiga kekalahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here