SEKOLAH hanya akan ditutup jika operasinya terjejas susulan sebahagian besar guru diarah untuk menjalani kuarantin akibat Covid-19.
Bagaimanapun Menteri Kanan Pendidikan Datuk Seri Dr Radzi Jidin berkata, keputusan penutupan itu bergantung hasil penilaian risiko yang dijalankan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD).
“Sekiranya PKD menasihatkan agar kelas tertentu, tingkat tertentu atau bangunan tertentu ditutup, maka penutupan hanya melibatkan bahagian yang berkenaan.
“Bagaimanapun, jika kami mendapati operasi sekolah boleh terjejas disebabkan sebahagian besar guru dikuarantin, maka kementerian akan melihat sama ada operasi sekolah boleh diteruskan atau ditangguh,” katanya seperti dilaporkan FMT, hari ini.
Sesi persekolahan sekolah rendah akan kembali pada Isnin depan selepas berakhir seminggu bercuti.
Manakala sesi persekolahan bersemuka untuk pelajar sekolah menengah bagi tahun 2021 akan bermula pada 6 April ini. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/guru-murid-positif-covid-19-sekolah-di-ketereh-ditutup/

