Dakwaan hubungan sulit: Adun Teratai letak jawatan dalam DAP

0
1

ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Penaja DAP Selangor dipercayai susulan dakwaan mempunyai hubungan sulit.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo selepas menerima surat peletakkan jawatan daripada ADUN berkenaan semalam.

“Semalam, saya mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif DAP Selangor dan kami memutuskan untuk menerima peletakan jawatannya,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Difahamkan, jawatan itu kini dipangku Adun Banting, Lau Weng San.

Gobind berkata, namun Wai Chong masih kekal sebagai ahli DAP dan Adun Teratai dan jawatankuasa eksekutif DAP akan menyerahkan isu tersebut kepada jawatankuasa disiplin parti untuk tindakan lanjut.

Gobind bagaimanapun tidak mendedahkan sebab peletakan jawatan Wai Chong mahupun keperluan membawa isu itu kepada jawatankuasa disiplin.

Dalam pada itu, Bendahari DAP Selangor, Ng Sze Han mengaitkan isu tersebut dengan spekulasi mutakhir berhubung dakwaan Wai Chong mempunyai hubungan sulit.

Ng berkata, oleh itu jawatankuasa negeri menerima peletakan jawatan tersebut.

“Dalam suratnya, dia menyebut jika isu tersebut menimbulkan masalah kepada parti, dia sanggup memohon maaf kepada parti dan letak jawatan,” katanya.

Sementara itu, Wai Chong mengesahkan peletakan jawatannya dan memaklumkan beliau sedang menunggu arahan lanjut daripada parti.

Ditanya sama ada peletakan jawatannya itu mempunyai kaitan dengan dakwaan terhadapnya, Wai Chong enggan mengulas perkara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here