SOP ibadah di masjid, surau sepanjang Ramadan akan diumum segera

0
1

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), manakala negeri lain ditentukan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

“Saya melihat perkara ini (ibadah bulan Ramadan) hampir sama dengan solat yang lain, kecuali mungkin ada sedikit perubahan kecil akan dilihat dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Akaun Emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atau Akaun SERY, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula 13 April ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, produk simpanan emas dilihat membolehkan YaPEIM membantu merancakkan ekonomi khususnya dalam tempoh negara sedang pulih daripada impak Covid-19.

Beliau berharap dengan produk baharu itu, YaPIEM mampu bersaing dengan pemain industri emas yang lain.

Akaun SERY adalah produk simpanan emas yang membolehkan emas dibeli secara digital dan ditukar kepada emas fizikal dengan caj berpatutan, selain patuh syariah. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/16/bazar-ramadan-aidilfitri-dan-solat-terawih-dibenarkan-tahun-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here