BELUM pun reda kontroversi memuat naik gambar berpakaian seksi di Instagramnya minggu lalu, pelakon Nonny Nadirah ‘buat hal’ lagi apabila memuat naik gambar dia berendam dalam besen tanpa berbaju.
Dalam gambar yang diambil dari sisi belakang itu memperlihatkan Nonny yang berkaca mata hitam dalam keadaan seperti tidak berbaju dimuat naik di akaun Instagramnya malam tadi.
Berlatarkan muzik kumpulan Kpop terkenal BigBang, gambar yang dimuat naik bekas peserta Akademi Fantasia itu disertakan dengan keterangan ditulis ‘soap’.
Malah, gambar yang sama juga turut dimuatnaik dalam IntaStorynya. Bagaimanapun, tinjauan Malaysiapost mendapati ruangan komen hantaran itu telah ditutup pagi ini.
Terdahulu, gambar berkenaan menerima pelbagai reaksi termasuk daripada sahabat baiknya yang juga penyanyi, Mila Jirin yang jelas kecewa dengan tindakan Nonny itu.
“Aku dah tak nak tegur. Aku dah tak nak cakap. Aku dah penat menangis untuk kau sahabat!
“Andai kau betul-betul perlukan perhatian sebegini sahabat, teruskan Nonny! Kau mungkin dapat nikmat di dunia, tetapi tidak di akhirat,” katanya.
Menurut Mila, dia hanya mampu mendoakan Nonny yang sebelum ini sudah tampil bertudung kembali ke jalan yang sepatutnya.
“Aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau kembali ke landasan. Aku tak baik, tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau!
“Tapi, hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat. Tetapi, tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Nasihat orang yang sayang kau!
“Syabas, kau dapat semula populariti. Ingat Nonny. Populariti di dunia ini belum tentu dapat bawakan sepinggan nasi kepada kau! Assalamualaikum,” tulisnya.
Difahamkan, sehingga kini Nonny terus mengambil pendekatan ‘tutup mulut’ daripada menjawab isu berkenaan. – Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/26/apa-sudah-jadi-nonny/

