‘Cash is King’ – sindir Tun M

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara sinis menyifatkan slogan ‘cash is king’ sedang membarah dalam negara.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata, dengan ‘kuasa tunai’ kini segala perkara boleh berlaku termasuk jenayah, apatah lagi untuk mengatur rancangan melompat parti.

“Kenapakah ‘cash’ (tunai) itu ‘King’ (Raja). Cash is King. Kerana ‘cash’ berkuasa. Demikian kalau bagi cash, sanggup bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma untuk lompat parti.

“Dinding tinggi pun lepas. Kalau nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) guna ‘cash’ tetap menang punya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, dengan kuasa tunai yang banyak, parti politik dengan mudah memenangi pilihan raya dan penjenayah juga boleh terlepas daripada dikenakan tindakan.

“Tak cukup cash, curi la. Nanti kena tangkap. Tak, hulur cash, tak jadi tangkap.

“Kalau milik billion-billion tetap menang PRU. Curi depan mata pun tak apa. Menang PRU, selamat dari dicekup, dibicara.

“Cash boleh selamat penyangak pun. Apa nak takut, curi depan mata banyak-banyak, sogok banyak-banyak cash – Lepaih, tak kena hukum,” katanya.

Dalam hantaran sama, Dr Mahathir berkata, perkara itu turut dibuktikan dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) bahawa individu yang melakukan kesalahan dilindungi pihak tertentu.

“Kalau hukum, hukuman tak jalan. Okaylah. Ayuh semua orang, guna cash. Kamu selamat. Kata IGP penjenayah ditolong oleh orang termasuk polis supaya lari. Selamat diri.

“Kuasa ‘cash’ la tu! Ada cash semua boleh. Malaysia boleh – Boleh apa? Boleh buat apa sahaja jika ada cash – termasuk menyamun,” katanya.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Dr Mahathir secara sinis berkata, ada juga individu sanggup untuk menipu rakyat dan jual negara demi mendapatkan wang.

“Tak cukup cash – dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat yang dapat cash, tubuh syarikat, pinjam duit, curi duit cukup untuk selamat diri dan menang PRU.

“Fikirlah. Tak pernah ada duit tiba-tiba diberi lima million. Bodohlah kalau tak balaih. Hilang negara pun tak apa. Bangsa dipelekeh pun tak apa. Aku sekarang millionaire.

“Apa kata kalau kita jual negara? How much? Right price – pay in cash, tax free, okay.

“Jangan dengar orang itu. Dia pun balaih. Cuma tak ada bukti. Tak akan jadi Perdana Menteri 20 tahun tak balaih. Tentu balaih punya. Pedulikan. Cash is King. Asal Aku Dapat,” perlinya lagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here