PKPD di kilang TYT, Sitiawan dan Sekolah Henry Gurney Melaka dilanjutkan

0
1

2 lokaliti dilanjutkan, 2 kampung di Sabah dilaksanakan PKPD

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di Kilang YTY dan Asrama Pekerja, Lekir di Sitiawan, bermula 2 hingga 15 April ini

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di kawasan itu dijadualkan pada tamat esok.

Namun katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan penghuni asrama dengan kes terakhir dilapor pada 28 Mac iaitu sebanyak tujuh kes.  

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 1,174 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 109 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di Melaka juga akan dilanjutkan bermula 3 hingga 16 April 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,277 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 63 kes positif Covid-19 telah direkodkan.  

“KKM mengesahkan masih terdapat peningkatan kes baru Covid-19 di lokaliti tersebut dan sebanyak 101 baki sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here