Saya paling takut kita ‘syok’ sendiri – Annuar

0
1

Nurul Huda Abhar

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pemimpin Umno agar tidak ‘syok sendiri’ dengan tepukan dan sokongan yang diterima dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

Menurutnya, walaupun parti tersebut mencapai tiga juta keahlian, namun ianya agak sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pengundi berdaftar dan pengundi baharu sekitar lebih 20 juta.

“Saya paling takut kita (Umno) ‘syok sendiri’. Kita ‘syok’ la dalam dewan orang bertepuk, orang sokong orang melaung. Kadang-kadang itu semua kita pasang (rancang).

“Jadi kalau dah ramai yang sokong tu kita rasa saya I’m the man, I’m the king.

“Kita jangan terlalu tengok dalam dalaman sahaja. Tengok juga diluar sana, kerana sebagai sebuah parti politik rakyat yang menentukan,” katanya dalam temubual bertajuk Bicara PAU2020, yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, malam ini.

Annuar berkata, jika Umno mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera maka perlulah memperkasakan parti dan tumpuan harus diberikan dalam menjaga nama baik parti.

“Jangan buat rakyat makin benci tapi nak pilihan raya. Buat perkara parti makin longgar, galakkan perpecahan. Tapi dalam nafas yang sama nak pilihan raya.

“Jadi saya fikir kebijaksanaan dari segi ini perlu ada. Dalam masa sama membangkitkan semangat parti, tetapi tidak pada perbuatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata belum terlambat untuk pemimpin Umno termasuk dirinya memperbaiki perkara tersebut menjelang PRU15.

Katanya, jika dahulu reaksi ramai boleh dilihat ketika persidangan berlangsung tetapi kini ianya bergerak menerusi medium media sosial.

Tak dapat saya menjangkau apa yang rakyat mentafsir yang yang berlaku sekarang ini. Kalau dulu ketika bersidang kita cepat dapat tengok reaksi orang. Kali ini dia melalui secara senyap secara media sosial dan sebagainya.

“Tapi saya mendoakan rakyat suka dengan apa yang kita buat.. suka pada ucapan Presiden kita, suka kepada keputusan yang kita buat. Sebab kalau kita buat benda yang kita suka tetapi rakyat mengecam maka rakyat akan tunggu masa untuk tolak kita,” katanya lagi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here