PAU: Umno akan buat keputusan penting hari ini?

0
1

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuat satu keputusan penting di akhir Perhimpunan Agung parti itu, lewat hari ini.

“Apakah keputusan itu? Kita tunggu hingga ke akhir Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini. Umno tidak lagi boleh melukut di tepi gantang.

“Tetapi beberapa perkara sudah disebut oleh Presiden parti dalam ucapan Dasar Presiden sebentar tadi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Antara perkara penting yang telah disebut Presiden Umno menerusi ucapan dasarnya pagi tadi termasuk Barisan Nasional (BN) akan bertanding solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Berikutan itu, Mohd Puad berkata Umno mesti menang kerusi terbanyak pada pilihan raya berkenaan.

“BN akan menentukan parti mana yang jujur dan ikhlas untuk membentuk kerajaan bersama.

“Presiden UMNO dengan jelas dan tegas menyatakan, “Umno menolak kerjasama dengan PPBM setelah kita sedari ketidakjujuran muslihat politik yang dilakukan oleh mereka terhadap Umno”.

“Selebihnya tunggu hingga petang ini. Akan ada cahaya di hujung terowong,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here