MB bimbang situasi semasa Covid-19 di Kelantan

0
1

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melahirkan rasa bimbang dengan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negeri itu yang menunjukkan trend peningkatan.

Beliau berkata penambahan 86 kes semalam menyaksikan kadar kebolehjangkitan wabak Covid-19 du negeri itu turut meningkat pada kadar 1.14.

Tambah membimbangkan katanya, kewujudan dua kluster baharu iaitu Kluster Paya Bemban yang melibatkan tempat kerja, manakala Kluster Pulau Nangka, Tumpat melibatkan kes dalam komuniti.

“Kita perlu merasa bimbang dan berwaspada dengan situasi tersebut. Oleh itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan setiap garis panduan merupakan tanggungjawab kita secara bersama.

“Saya menyeru rakyat Kelantan untuk mengambil peranan dan tanggungjawab tersebut secara bersama lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah ketika ini.

“Kerjasama kita semua kunci utama untuk memutuskan rantaian jangkitan di negeri ini seterusnya kita dapat menyambut ketibaan Ramadan dengan suasana yang selamat dan selesa. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here